Saturday, 24 August 2013

Biar hati sentiasa ada Allah

Assalamualaikum

Manusia mana yang tidak pernah melakukan dosa.
Iman kita biasa naik dan turun.
Kita biasa melupakan Dia di saat kita senang
Hari2 buat dosa, yang disengajakan atau tanpa disengajakan
Bagaimana mahu melembutkan hati yang keras, yang penuh dgn titik2 dosa?

Kita pastikan hati kita sentiasa ada Allah

Saya mulakan dgn istifgar dan zikir.
Alhamdulillah.Saya rasa dekat dengan Dia

Cuba zikir hari2
Korang akan aras perubahan dgn diri sendiri.
Trust me!

Bila hati bersih, baru la rasa kusyuk utk buat ibadah lain..kan?
Gambar: Search kt Google
Ayat2 penawar dari: http://shafiqolbu.wordpress.com

Kesimpulan: Bila ditimpa masalah, baru saya sedar
''Aku dh lama tak luangkan lebih masa dgn Allah. Solat bila ingat, zikir langsung tak, apatah lagi nak baca Al-Quran''




Surah Al-Fatihah yang mententeramkan hati

Assalamualaikum
Selamat hari minggu.

Apa yang korang buat bila rasa:
Buntu?
Susah hati?
Sedih?
Saya percaya tiada ubat yang boleh merawat penyakit jiwa ini selain Doa kepada Allah

Hari2 yang lepas, saya dilanda penyakit jiwa ini
Terasa seperti org yang hilang ingatan. Buntu. Bingung
Saya hanya menangis.

Banyak Doa dan selawat yang dapat menenangkan kita di saat hati kita rapuh.
Alhamdulillah, kalau kita dapat menghafal ayat2 penyembuh yang lain

Tapi, tahukah anda 7 ayat Al-Fatihah yang kita baca setiap kali solat, sudah cukup dapat memberi impak tenang kepada jiwa yang sakit?


Bacalah 20kali selepas solat fardu. Bukan sahaja untuk jiwa yang sakit, malah Allah beri lebihhhhh dari tu:
1. Dapat rezeki yang lumayan
2. Dapat pangkat/darjat yang baik di sisi masyarakat,
3. Akhlak menjadi baik
4. Mudah dalam urusan hidupnya
5. Kaum keluarga mendapat perlindungan Allah s.w.t

Juga bacalah setiap kali hati kita ditimpa penyakit jiwa. Mudah mudahan, Allah memberi hati yang tenang dan jalan keluar pada masalah kita

Mudah kan?
Banyak lagi keistimewaan surah Pembuka ini
Cuba pahami & rasai setiap maksud ayat Pembuka ini.

Kesimpulan: 
Jangan berhenti Doa. Allah itu sentiasa bersama kita
''Hanya engkau yang kami sembah dan hanya kepada engkaulah kami memohon pertolongan''
Berguguran air mata bila saya baca part ni..huhu

Sekadar berkongsi rasa
~Hana~