Monday, 24 June 2013

Niat itu Doa

Assalamualaikum
Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk saya berkongsi

Cerita 1:
First semester masa diploma, saya menangis teruk. Kerana saya tak mampu nak bawak kos saya. Call Abah ckp nak berenti belajar. Saya tak ada basic mcm kawan2 lain yg dari sekolah teknik. Saya rasa down. Abah mama sampai pos Air Yassin, ubat kat saya..Dan dlm masa yg sama, saya putus cinta untuk kali pertama. Wahh!..sedih taw..Mungkin berkat doa Abah dan Mama saya stabil. Dan saya niat:
''Aku nak dapat 3 pointer. Nak dapat Dean list. Aku nak tunjuk kat xbf aku yang aku pun pandai''

Cerita 2:
Alhamdulillah, saya dipanggil untuk interview. First Job!. Nervous! Mula2 sampai dekat kawasan office, saya ada niat
"Allah, aku nak keja kat tempat ni. Berilah aku keja kat sini''

Cerita 3:
Hari Jumaat. Azan berkumandang. Saya lunch dgn kwn2 lelaki, 4 orang. Seorang dari kwn saya bangun dari kerusi. Lalu dia segera ke masjid berdekatan. Tinggal 3 org yang masih di meja makan. Mereka teruskan berbual. Saya pandang kawan yg duduk berhadapan dgn saya. Saya renung wajah dia dalam2..Lalu saya niat dlm hati
"Allah, kau bukakan hatinya seperti mana kau buka pintu hatiku. Supaya satu hari dia turut ikut pergi solat Jumaat''

Niat yg baik, Allah pasti permudahkan

Cerita 1:
Setiap mlm, 830mlm ja & weekend, saya duduk kat meja study. Wat latihan..wat revision
Alhamdulillah. Allah beri saya kejayaan. Saya dapat Dean List! Saya dpt naik pentas ambil sijil.Dan family ada ckp..''Nangis2 pun dapat Dean List''..haha. Syukur ya Allah

Cerita 2:
Lepas interview, rasa down..huu dah rasa mcm tak dapat..Beberapa hari selepas tu, dpt call dari HR. Panggil untuk ambil Offer letter. Macam tak percaya ja! boleh dapat kerja kt situ.. Sebab rasa mcm dah tak ada peluang dah.

Cerita 3:
Kawan saya dah berubah. Saya gembira lihat perubahan dia. Allah bukakan pintu hati dia untuk Solat. Saya rasa sejuk hati. Allah makbulkan doa saya..Saya pasti akan doakan dia supaya terus istiqamah

Kesimpulan:
1. Apa2 pun bermula dgn Niat
2. Doalah untuk diri sendiri & juga org lain. Doa kita untuk mereka secara 'sembunyi', Allah makbulkan
3. Niat, Usaha, Tawakal = Dengan izin Allah,




No comments:

Post a Comment